Thursday, 11 April 2013

The End . .

Salam Pengakap !

Finally . . were d0ne . . Perintis harap all readers akan enj0y bca smua entry yg ada kat bl0g ne . . Jom la mai pi Kedah . Datang melawat tmpat2 menarik yg ada kat sini . .


Tanx f0r reaDing and viSiting our bl0g . . Please c0me again . .

Let's visit Kedah Darul Aman . .

SejaRah PerkemBangan PeNgaKap di Malaysia

Salam Pengakap !

Sebelum reaDers start tgk entry ne , perinTis nk bgtau yg entry ne spatutnya jaDi entry
 ke-2 yg perintis nk puBlish . . Dah puBlish pun awal2 hari tue , tpi ada mslah teKnikal yg mnyebabkn entry ne terpaDam pula . s0 , reaDers jgnlah rsa hairan k . . tQ .

Jalur Gemilang !

Selepas dua tahun pengakap di asas oleh Lord Baden Powell di England, seorang peneroka pengakap dari London bernama F.C. Sand telah datang ke Singapura pada tahun 1910 lalu menubuhkan dua pasukan untuk anak-anak orang Inggeris yang berada di Singapura. 


Pada tahun 1919 Kapten N.M Hashim dan A.Z. Alsagof telah menubuhkan pasukan pengakap untuk budak-budak melayu yang tahu berbahasa Inggeris di Singapura. 



Negeri Melayu yang mula-mula menubuhkan pasukan pengakap ialah Pahang iaitu di Pekan, yang ditubuhkan oleh G.M. Laidlow tetapi apabila beliau meninggal dunia, maka pergerakan paengakap di situ turut terkubur. Hanya pada tahun 1927 barulah dihidupkan semula oleh H.P. Hertslet yang kemudiannya di asas pula oleh Wheeler dan Frisber dari Pejabat Pelajaran Pahang.Di Pulau Pinang pergerakan pengakap telah di tubuhkan oleh seorang ahli pendidik yanh masyur iaitu H.R. Cheesman di Penang Free School pada tahun 1915. Cheesman telah berkhidmat selama 13 tahun dalam pergerakan pengakap di Malaya, sebagai Penolong Persuruhjaya Pengakap Malaya.

Di Perak Pengakap telah ditubuhkan pada tahun 1926, iaitu di Maktab Melayu Kuala Kangsa oleh I.R. Wheeler. Kemudian itu bayak lagi sekolah di Perak menubuhkan pasukan pengakap.Di Kedah, Pergerakan pengakap bermula pada tahu 1922. Peneroka pengakap di Kedah ialah E.C. Hicks, E.A.G. Stauart, R.P.S. Walker dan C.W. Bloomfield.Di Johor, pengakap di tubuhkan pada awal tahun 1928, dengan kedatangan Cheesman dari Pulau Pinang. Kumpulan yang pertama ditubuhkan ialah di English College (kini Maktab Sultan Abu Bakar) Johor Bharu.

Di Melaka dan Negeri Sembilan bermula pada tahun 1926 oleh Brunstone.Di Selangor, pada tahun 1926 telah menubuhkan pergerakan pengakap dan orang yang bertanggungjawab menubuhkannya ialah Ameen Akhbar. Ini di ikuti oleh pergerakan pengakap di Terengganu pada tahun 1927 oleh A.J. Gracie dan di Kelatan pada tahun 1927 oleh Y.M. Tengku Temenggong.Negeri yang terakhir di Semenanjung menubuhkan pergerakan pengakap ialah Perlis pada tahun 1931.

Negeri Sabah telah menubuhkan pergerakan pengakap di Sandakan pada tahun 1915. Sementara di Sarawak ia ditubuhkan pada tahun 1913, tetapi terhenti pergerakan pengakap sehingga tahun 1930.Sebelum merdeka Persatuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu meliputi semua negeri dengan tiap-tiap negeri sebagai satu daerah pengakap. 
Bendera negeri2 di Malaysia . .

Selepas Perang Dunia Kedua, Pergerakan Pengakap di Malaya dan Singapura dimasukkan menjadi cawangan Persatuan Pengakap Great Britain. Selepas diadakan penyusulan semula, tiap-tiap negeri menjadi persekutuan yang terdiri dari beberapa daerah. Tiap-tiap daerah ada dengan persekutuan pengakapnya.Apabila Malaya mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Persekutuan Budak-Budak Pengakap Persekutuan Tanah Melayu menjadi ahli sepenuhnya dalam persidangan pengakap dunia. 

Dengan wujudnya Malaysia pada tahun 1965, namanya bertukar menjadi Persekutuan Pengakap Malaysia dan ahlinya menjadi besar kerana Sabah, Sarawak dan Singapura menjadi anggotanya. Apabila Singapura berpisah daripada Malaysia pada tahun 1965, Persekutuan Pengakap Singapura Berhenti menjadi cadangan Pesekutuan Pengakap Malaysia.

Rumah BP yang terletak di jalan Davidson (Jalan Hang Jebat), Kuala Lumpur ialah Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia, yang telah di dirikan denga belanja $150 ribu dan telah dibuka dengan rasminya pada tahun 5 Januari 1957, sempena menyambut perayaan ulang tahun yang ke 50 pengakap dunia. Rumah BP adalah nadi pergerakan pengakap seluruh Negara. Di sinilah Ketua Pesuruhjaya Negara mengarahkan segala gerak kerja Persekutuan Pengakap Malaysia

NegeRI jeLapaNg paDi . .

Salam Pengakap ! 
Siapa yg tak tahu tntg kekayaan paDi negeri Kedah ? sbab tue la ia digelar sbgai Negeri Jelapang Padi . . dan sebab tue jgala wujudnya Muzium Padi Negeri Kedah . .

Bukti perasmian muzium . .

Muzium Padi Kedah Darul Aman yang terletak di Gunung Keriang, Alor Setar telah dibuka dengan rasminya oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbudin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah  pada 12 Oktober 2004 bersamaan 27 Syaaban 1425 Masihi.

Terletak di kawasan Gunung Keriang . Bangunannya yang berbentuk gemai padi ini mempunyai sebuah bangunan induk dan enam buah bangunan sampingan disekelilingnya. Bernilai lebih RM24 juta didirikan di atas tanah seluas 12,000 meter persegi.

Keunikan rekabentuk Muzium Padi . .

 Bangunan ini terbahagi kepada 3 aras :
Aras pertama terletaknya pejabat pentadbiran dan bilik mesyuarat. Di sini juga terdapat kedai cenderamata , kaunter tiket dan ruangan pameran. Pengunjung berpeluang mengetahui sejarah penanaman padi Kedah, meninjau koleksi variati-variati padi dan melihat alatan-alatan persawahan tradisional seperti onak, renggam, kapok, tenggiling dan lain-lain.

Aras kedua menpunyai 6 bilik mini galeri dengan keluasan 2,288 meter persegi, memuatkan lukisan-lukisan yang menggambarkan aktiviti-aktiviti pertanian bermula dari zaman purba hingga ke zaman sekarang. Terdapat juga sebuah lukisan yang menggunakan teknik semburan batu kristal yang pasti membuat anda terpesona dan pada mereka yang ingin menambah pengetahuan.

Dokumentari mengenai kaedah penanaman padi yang ditayangkan setiap hari dan dari aras dua ini juga pengunjung boleh melihat aktiviti-aktiviti harian pesawah seperti mencabut semai, menyulam, membaja dan menuai.

 Aras ketiga pula merupakan laluan menerusi anak tangga menuju ke ruang dewan . Di sini terdapat ruang tempat duduk berputar dengan kapasiti 40 pengunjung. Pengunjung pastinya akan terpegun melihat panorama tanaman padi pada satu musim dalam bentuk mural dan lanskap di mana mural ini mempunyai ketinggian lapan meter serta 103 meter panjang dan merupakan salah satu mural yang terbesar dan tercantik di Malaysia.

Ruang pemerhatian di aras ini boleh memuatkan seramai 40 orang pada satu masa dan terletak di atas platform berputar Pengunjung perlu mendaki 59 anak tangga di mana boleh sampai kepuncak Gunung Keriang dan di sini pengunjung boleh melihat panorama perkampungan tradisional dan sawah-sawah padi yang terbentang luas saujana mata memandang.

Kehijauan padi di sekeliling muzium . . 

Di dalam bangunan ini terdapat artifak-artifak penanaman padi kaedah baru dan lama. Para pengunjung boleh menyaksikan sendiri bagaimana padi di tanam. Alatan-alatan yang digunakan juga dipamerkan untuk para pengunjung. Dimana muzium yang berlatar belakangkan Gunung Keriang ini kelihatan seperti berada di tengah-tengah hamparan hijau, jika anda berkunjung pada musim menanam dan dalam hamparan keemasan pada musim padi masak.




Berbagai-bagai jenis barangan seperti baju T, alat tulis, karaftangan yang berkaitan dengan padi disediakan di sini untuk dijadikan sebagai buah tangan dan makanan ringan, kuih tradisi Kedah yang berasaskan padi seperti karas, sagon, emping, kuih loyang yang sudah semestinya dihasilkan oleh orang tempatan.

Bagi yang ingin mencuba pengalaman baru, bolehlah belajar memukul (membanting) padi dan menumbuk padi di sini dan untuk penggemar ikan, boleh juga melihat alat-alat menangkap ikan yang hampir pupus, antaranya sepila, tuar, bubu serta tangkul di samping boleh mengenali ikan-ikan seperti puyu, haruan, keli dan bermacam-macam lagi. 

Let's visit ! ! !