Wednesday, 10 April 2013

sh0pPing tiMe . .

ShopPing ? msti ada yg trfiKir . . kat Alor Setar ? ade ke tmpt shopPing2 ne . . huHu . . jgn pndg Alor Setar ne sblah mata tw ! Byk tmpat kat sini yg k0rg boleh haBiskan duit2 k0rg tue . . cthnya mcm Alor Setar Mall , Star Parade & yg paling fam0us srta sin0nim dgn Daerah Alor Setar ne mstilah Pekan Rabu . . 


Pekan Rabu masa kini . .
Nama "Pekan Rabuyang terletak di tengah-tengah bandar Alor Setar, memang tidak asing lagi di kalangan penduduk tempatan ataupun luar negeri Kedah. Kompleks perniagaan orang-orang Melayu yang tersergam indah itu merupakan lambang kemegahan bukan sahaja kepada peniaga-peniaga bumiputera di Kedah, bahkan menjadi kebanggaan kepada seluruh masyarakat bumiputera di Kedah. Apatah lagi Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Tun Dr. Mahathir sendiri pernah berniaga di situ. Bagi pelancong-pelancong, sekiranya mereka singgah ke Alor Setar, semacam tidak cukup syarat, jika tidak singgah atau membelah-belah di Kompleks Pekan Rabu.

Tun Mahathir berkunjung ke Pekan Rabu . .

Dengan bantuan pinjaman dari pihak MARA, sebuah kompleks yang berharga RM 3.2 juta telah dapat dibina pada tahun 1975 dan diubahsuai pada tahun 1995 dengan belanja RM 6.5 juta. Kompleks perniagaan yang terletak di Jalan Tunku Ibrahim ini telah di rasmikan pembukaannya oleh YAB Datuk Seri Dr. Mahathir pada 25 Februari 1978 (Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada masa itu).
Sebelum Kompleks Pekan Rabu ini wujud, peniaga-peniaga di situ hanya berlindung di sebuah bangunan yang terbuka, tanpa dinding dengan tempat berniaga yang agak berselerak dan tidak teratur. Dan kini Kompleks Pekan Rabu yang mengandungi 347 buah kedai yang menjalankan berbagai jenis perniagaan telah berjaya menjadi sebahagian daripada mercu tanda bandar Alor Setar.

Pekan Rabu lama" sebelum dibina bangunan yang sedia ada sekarang
Pekan Rabu mempunyai sejarah tersendiri dalam usaha menggalakan penyertaan bumiputera bergiat dalam bidang perniagaan yang menjadi minat masing-masing.
Kegiatan perniagaan Pekan Rabu bermula sejak selepas Perang Dunia Pertama atas inisiatif YTM Tunku Yaacob, seorang Putera Diraja Kedah, supaya orang-orang melayu dapat terus menjalankan perniagaan dalam bandar. Ianya bermula dari pasar minggu di Tanjong Chali, yang terletak dipersinggahan antara Jalan Pekan China dan Jalan Pengkalan Kapal di bandar Alor Setar.

Pekan Rabu lama . .


Tanjong Chali merupakan sebuah tapak bagi melatih orang-orang Melayu di dalam perniagaan. YTM Tunku Yaakob telah mengasaskan kawasan perniagaan ini menjadi pasar minggu di situ pada setiap hari Rabu sahaja pada awal 1920 an. Perniagaan mingguan ini kemudiannya berkembang maju dan berlangsung pada setiap hari. Ini menyebabkan kerajaan negeri terpaksa memindahkan Pekan Rabu ini ketapak barunya yang ada sekarang pada tahun 1932 kerana kawasannya menjadi sempit akibat perkembangan perniagaan yang di jalankan.

Pusat tumpuan membeli pelbagai jenis makanan . .

Tempat menjamu selera . .



Bahagian luar bangunan kedai . .

Bahulu Panas antara yg trkenal di sini , .

Ubat-ubatan tradisional . . Klau dah dtg keDah , 
jgn lupa bwa balik miNyak gamat . . 

Hasil kraftangan yg di jual . . 

Walaupun namanya Pekan Rabu, perniagaannya dibuka setiap hari berikutan sambutan orang ramai.


Let's visit ! ! !

Ampun Tuanku !

Apa kaitan tajuk entry kali ne dgn bl0g perintis ? hah . . ne yg perintis nk cerita . . "ampun tuanku , sembah patik harap diampun" . . Mesti k0rg dah taw kn . kata2 ne slalu di ucapkan kpda siapa ? yup ! betul la tue apa yg k0rg fikirkan . . utk Raja Negara kita . . Kedah mrupakan salah satu negeri yg mmpunyai raja . Sultan Kedah yang memerintah pada masa kini merupakan Raja yang ke 27 sepanjang Kesultanan Kedah wujud . . 

Ditabalkan menjadi Raja pada 20 Februari 1959 hingga kini . .

Sebenarnya , perintis nak cerita tentang tmpt brsejarah yg ada kaitan dgn keturunan Di-Raja Kedah . . tue yg perkenalkn Raja Kedah . . jom tgk gmbr2 kat bwah ne dulu . . lpas tue perintis akan cerita dgn lbih lanjut . . 

Balai Besar . .
Balai Nobat . .

Readers perintis msti trtnya2 kn tntg gmbar2 ne . . kaLau nk taw , Balai Besar berfungsi sbgai Balai Rongseri @ Balai Penghadapan . Balai Besar telah dibina pada tahun 1898. Kayu Cengal Emas digunakn sbgai bahan utama dlm pmbinaan . Ia terletak berhampiran padang dataran atau bandar utama Alor Setar. Balai Besar masih digunakan untuk upacara diraja dan beberapa fungsi negeri. Pengaruh Thai dalam seni bina ia dilihat dalam beberapa ukiran kayu yang kompleks.



Tgk dgn teliti ukiran2 kayunya . . 

Bangunan ini dibina pada tahun 1735 oleh Sultan Muhammad Jiwa Muadzam Shah. Dinding, atap dan lantainya diperbuat daripada kayu.Bangunan ini rosak teruk ketika tentera Siam menyerang Kedah.Ketika pemerintahan Sultan Abdul Hamid Halim Shah, baginda yang merupakan ayahanda Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri Malaysia pertama, membaik pulih bangunan ini.Banyak acara penting diadakan di bangunan ini, antaranya perkahwinan diraja dan persidangan Dewan Undangan Negeri dari tahun 1905 hingga 1973.

Dtglah melawat Balai Besar ne , , tak rugi pun . . 


Mari kita beralih ke Balai Nobat . . Bangunan ini dibina setinggi lapan meter dan lima meter lebar. Ia menyimpan pelbagai khazanah peralatan muzik diraja, antaranya serunai, nafiri, gendang dan gong.




Asalnya dibina pada tahun 1854 dan diubahsuai pada tahun 1906. Ia adalah sebuah rumah instrumen suci Orkestra Diraja, dimainkan hanya sepanjang upacara diraja sulung, perkahwinan dan pengebumian. Instrumen yang menghasilkan strain menghantui muzik nobat terdiri daripada tiga rebana besar, dua rebana kecil, satu gong, dan serunai. Gabungan alat2 muzik ini mamapu menghasilkan satu gabungan bunyi yg mengasyikkan yg dikenali sbgai muzik nobat iaitu satu bentuk lagu kebudayaan negeri Kedah.

Let's visit ! ! !

Jom la baCa . .

Salam pengakap !

Kita smua mmg dah sedia mklum bhwa Negeri Kedah merupakan sbuah negeri yang mana maj0riti penduduknya adlh b'agama islam . kn ? Oleh itu , xlgkap rsanya kn kLau perintis tak ceritakn dgn k0rg tntg masjid yg bleh dikatakn mnjadi kbanggaan anak2 kelahiran Kedah dan juga telah di iktiraf sbgai salah satu masjid yang tercantik di Malaysia  ! Kalau tak prcya . . tgk gmBar2 ne . . eh , trlupa pula perintis nak habaq , hehe . . nama masjid ne . . Masjid Zahir . . 
kalau tgk dgn mata sendiri , , lagi cantik . . 

pemandangan luar Masjid Zahir . .

 Klau readers nk tahu , masjid ne trletak di tepi jalan , , dan berada di tengah bandaraya Alor Setar. tmpat yg strategik kn ? s0 , muDah la klau k0rg nk sngah utk s0lat dan dlm msa yg sma boleh cuci2 mata . Tgk keindahan masjid ne . . 



Masjid Zahir telah dibina pada thn 1912 & drasmikan oleh Sultan Kedah pada tahun 1915. Jika kita lihat , rekabentuknya seakan menyerupai sebuah masjid di Langkat , Sumatera Utara. Selain itu , ia juga menawarkan seni binaan khas Moorish. Ia mempunyai satu kubah utama & mempunyai 5 kubah kecil yg mwakili 5 Rukun Islam . 


Masjid Zahir ne juga merupakan slh satu masjid yg tertua di negara kita dan pengunjung diwajibkan untuk brpakaian sopan ketika melawat di sini. Sbnrnya rekabentuk masjid ne tlah diilhamkan oleh lewat Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abidin II.

Let's visit ! ! !

SamBuNgan c0ret2 . .


Salam pengakap !


Erm . . kalau k0rg nk tahu . trdapat byk tmpat2 bsejarah di Alor Setar ne . . Salah satunya ialah Rumah Kelahiran mantan Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr. Mahathir bin Mohamad . Rumah kelahiran Tun Mahathir merupakan slah satu bangunan bersejarah di Negeri Kedah dan ia dikelolakan oleh Jabatan Arkib Negara. Ia terletak di Jalan Pegawai berdekatan lampu isyarat simpang empat Seberang Perak. 

Pelbagai replika yang dipamerkan di sini . Antaranya ialah barangan-barangan lama yang digunakan oleh Tun Mahathir sewaktu kecil hingga beliau meningkat dewasa. Terdapat banyak lagi barangan & fakta sejarah yang dipamerkan seperti sejarah dan kisah2 hdup 4 orang Perdana Menteri Malaysia semenjak dari Tunku Abdul Rahman lagi.



Image 01


     Image 02


Ramai pelancong yg berTandang . . 


Sememangnya rumah ini merupakan salah satu tempat paling bersejarah buat Kerajaan Negeri Kedah , tambahan lgi ia dijaga dgn rapi oleh Pusat Arkib Negara kerana ia mampu untuk menarik ramai pelancong untuk dtg k sna . . Jika kita lihat gmbar d bwah ini , kita akn dpat mlihat jdual yg tlh d ttapkan utk mngunjungi @ melawat tmpt brsejarah ini . . 



Let's visit ! ! !

The m0st inteResTing pLaCe . .


Salam pengakap !

We meet again ! huHu . . kali ne perintis nak cerita tntg tmpat2 mnarik yg ada di sekitar Daerah Alor Setar . Tempat yang sering menjadi tumpuan pengunjung pastinya Menara Alor Setar.Menara Alor Setar terletak di tengah-tengah Alor Setar dan ia menjadi mercu tanda yang mewakili 
pembangunan pesat di Kedah. Ia adalah menara ke-2 tertinggi di Malaysia dan ke- 19 di dunia. Ia dibuka secara rasmi kepada pelawat pada 14 Julai 2007 oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ne la Menara Alor Setar . . 

                                       
     yg ne pla bhgian dalam menara . . 


   Cantik kn pmandangan menara ni pda wktu mlam


            Inilah menara kebanggaan rkyat negara dan mercu tanda terkemuka Bandaraya Alor Setar . Menar aini menjulang cakerawala bandar pada ketinggian 165.5 meter. Dari kejauhan , reka bentuk menara adalah menyerupai rumpunana jerami padi yang di ikat. Pastikan anda melawat palangan pemerhatian dari aras 88 meter bagi melihat keindahan Alor Setar dan jangan lepaskan peluang untuk menikmati hidangan eksklusif di kelilingi awan di Restoran Berputar Seri Angkasa.


Let's visit ! ! !

Lets meEt Malaysia ~ : Al0r seTar , keDah . .

                                     

               Mesti kita selalu jumpa kan dgn org2 yg suka sgt cerita pengalaman mreka melanc0ng ke tempat2 yg mnarik . betul kn ? Tak kisahlah tempat tue kat dalam Malaysia ataupun luar negara , , Tapi kan lebih baik kalau kita ne sbgai rkyat Malaysia pergi habiskan dlu mlancong kat negara sendiri sebelum pergi kat ngara org . . kan seronok mcm tue . At least , kita akn dpat thu tntg asal usul tmpat2 d ngara snDri . . Ne la yg perintis nk criTa . . entry kaLi ne , perintis nk prkenalkan tntg sebuah negeri yang terkenal dengan kehijauan padi . . & digelar juga sebagai Negeri Jelapang Padi . . ataupun yg kita kenaLi sbagai . . Kedah Darul Aman . . Terdapat banyak daerah di negeri ini , antaranya ialah Jitra , Yan , Sik , Kulim , Sungai Petani dan juga Alor Setar .


Sebelum perintis berbicara dgn pnjg lebar mngenai Alor Setar . . jom , , tgk peta dulu . .


      Peta Negeri Kedah Darul Aman
               Alor Setar atau juga dikenali sebagai Alor Star pada 2004-2008, ialah ibu negeri Kedah, Malaysia; bandar terbesar di negeri Kedah, bandar penting dalam pantai barat Semenanjung Malaysia. Bandar ini menempatkan Pusat Pentadbiran Daerah Kota Setar iaitu di Bandar Muadzam Shah dan bandar diraja Kedah iaitu Bandar Anak Bukit
             Alor Setar terletak 93 kilometer utara Butterworth, Pulau Pinang dan 45 km dari selatan sempadan Thailand. Bandar Alor Setar ini ditadbir oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Majlis Bandaraya Alor Setar. Sebagai pusat pengangkutan di kawasan utara Semenanjung Malaysia, kawasan Alor Setar ini yang meliputi tanah seluas 666 km2 (persegi) diduduki oleh lebih daripada 300,000 ribu penduduk mengikut banci tahun 2010 yang merupakan salah satu bandar tertua di kawasan itu.

Daerah Alor Setar suatu ketika dulu . .

          Alor Setar yang juga merupakan bandar penting negeri Kedah adalah diantara daripada bandar utama di Kedah selain daripada Bandar Sungai Petani, Bandar Kulim dan Bandar Langkawi. Bandar-bandar ini juga membangun seiring dengan pembangunan yang ada di Alor Setar.
Kelihatan semakinmaju . .

Alor Setar masa kini . .

            Alor Setar dihubungkan dengan negeri-negeri di utara Semenanjung Malaysia dengan sebuah lapangan terbang, iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim yang baru siap dibina pada 2006 yang hanya berkhidmat untuk penerbangan domestik tetapi turut menyediakan penerbangan antarabangsa hanya untuk jemaah haji, melalui Lebuhraya Utara-Selatan iaitu keluar masuk menerusi plaza tol Alor Setar Utara, plaza tol Alor Setar Selatan dan plaza tol Alor Setar Hutan Kampong, stesen kereta api di Pusat Bandaraya Alor Setar, stesen bas Shahab Perdana serta pengangkutan keluar dari tanah besar ke pulau Langkawi melalui Terminal Feri Kuala Kedah.
Perdana Menteri I & IV

           Alor Setar merupakan tempat kelahiran YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama dan Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Ramai juga selebriti Malaysia berasal dari sini.