Thursday, 11 April 2013

Hayati keSenian negeRi . .

Salam pengakap !

Tak sah la sekiranya sesebuah negeri tdak mmpunyai warisan keseniannya tersendiri. Begitu juga dgn negeri Kedah dan Daerah Alor Setar ini . Masing2 mmpunyai sjrah kseniannya trsendiri & semua itu telah dipatri serta dipamerkan di beberapa tempat iaitu Balai Seni Negeri & Galeri Sultan Abdul Halim . .

Balai Seni Negeri
Balai Seni negeri Kedah terletak di tengah-tengah Medan Budaya. Senibina bangunan Balai Seni negeri Kedah ini banyak dipengaruhi oleh senibina Roman sama dengan bangunan yang terdapat di "Temple of Fortune Rivals".
Balai Seni negeri Kedah dibina pada tahun 1912 dan telah digunakan sebagai Mahkamah Tinggi sebelum ditukar menjadi pejabat kepada beberapa jabatan kerajaan negeri. Pada 25 Julai 1983, bangunan ini telah diisytiharkan sebagai Balai Seni Negeri Kedah Darul Aman oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Haji Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah.
Kini, Balai Seni negeri Kedah merupakan nadi kepada semua aktiviti-aktiviti kebudayaan dan seni dalam Negeri dan ia diurus oleh Lembaga Muzium Negeri. Let's c0ntinue with the other place . .


Galeri Sultan Abdul Halim Muadzam Shah

Segala benda yg dipamerkan dlm galeri ini adalah berkaitan dgn raja2 @ sultan yg memerintah negeri Kedah sjak dlu lagi . .

Persalinan Raja & Permaisurinya . .


Galeri Sultan Abdul Halim terletak di kwsn Medan Bandaraya bertentangan dgn Masjid Zahir, bersebelahan Wisma Negeri & brhampiran Balai Seni , Balai Negeri & Balai Nobat.


Raja-raja Kedah dulu hingga kini . .

Galeri Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah diwujudkan di bangunan yang pernah menjadi Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Sesyen Negeri Kedah.
 Bangunan Mahkamah ini telah dibina pada November 1922 (1341 Hijrah) dengan ilham  Al-Marhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah dengan kerjasama W.Peel ESQ (Penasihat British), Mejar W.R. Sanguinetti (Jurutera Negeri), F.W. Wade ESQ (Arkitek) dan H.W. Fofden (Kontraktor). Rekabentuk bangunan ini mempunyai ciri senibina Roman. Keadaan ini jenis dilihat daripada rekabentuk tiang dan ukiran yang terdapat pada bahagian dinding.


Pemandangan luar galeri . .

Let's visit ! ! !

No comments: