Wednesday, 10 April 2013

Lets meEt Malaysia ~ : Al0r seTar , keDah . .

                                     

               Mesti kita selalu jumpa kan dgn org2 yg suka sgt cerita pengalaman mreka melanc0ng ke tempat2 yg mnarik . betul kn ? Tak kisahlah tempat tue kat dalam Malaysia ataupun luar negara , , Tapi kan lebih baik kalau kita ne sbgai rkyat Malaysia pergi habiskan dlu mlancong kat negara sendiri sebelum pergi kat ngara org . . kan seronok mcm tue . At least , kita akn dpat thu tntg asal usul tmpat2 d ngara snDri . . Ne la yg perintis nk criTa . . entry kaLi ne , perintis nk prkenalkan tntg sebuah negeri yang terkenal dengan kehijauan padi . . & digelar juga sebagai Negeri Jelapang Padi . . ataupun yg kita kenaLi sbagai . . Kedah Darul Aman . . Terdapat banyak daerah di negeri ini , antaranya ialah Jitra , Yan , Sik , Kulim , Sungai Petani dan juga Alor Setar .


Sebelum perintis berbicara dgn pnjg lebar mngenai Alor Setar . . jom , , tgk peta dulu . .


      Peta Negeri Kedah Darul Aman
               Alor Setar atau juga dikenali sebagai Alor Star pada 2004-2008, ialah ibu negeri Kedah, Malaysia; bandar terbesar di negeri Kedah, bandar penting dalam pantai barat Semenanjung Malaysia. Bandar ini menempatkan Pusat Pentadbiran Daerah Kota Setar iaitu di Bandar Muadzam Shah dan bandar diraja Kedah iaitu Bandar Anak Bukit
             Alor Setar terletak 93 kilometer utara Butterworth, Pulau Pinang dan 45 km dari selatan sempadan Thailand. Bandar Alor Setar ini ditadbir oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Majlis Bandaraya Alor Setar. Sebagai pusat pengangkutan di kawasan utara Semenanjung Malaysia, kawasan Alor Setar ini yang meliputi tanah seluas 666 km2 (persegi) diduduki oleh lebih daripada 300,000 ribu penduduk mengikut banci tahun 2010 yang merupakan salah satu bandar tertua di kawasan itu.

Daerah Alor Setar suatu ketika dulu . .

          Alor Setar yang juga merupakan bandar penting negeri Kedah adalah diantara daripada bandar utama di Kedah selain daripada Bandar Sungai Petani, Bandar Kulim dan Bandar Langkawi. Bandar-bandar ini juga membangun seiring dengan pembangunan yang ada di Alor Setar.
Kelihatan semakinmaju . .

Alor Setar masa kini . .

            Alor Setar dihubungkan dengan negeri-negeri di utara Semenanjung Malaysia dengan sebuah lapangan terbang, iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim yang baru siap dibina pada 2006 yang hanya berkhidmat untuk penerbangan domestik tetapi turut menyediakan penerbangan antarabangsa hanya untuk jemaah haji, melalui Lebuhraya Utara-Selatan iaitu keluar masuk menerusi plaza tol Alor Setar Utara, plaza tol Alor Setar Selatan dan plaza tol Alor Setar Hutan Kampong, stesen kereta api di Pusat Bandaraya Alor Setar, stesen bas Shahab Perdana serta pengangkutan keluar dari tanah besar ke pulau Langkawi melalui Terminal Feri Kuala Kedah.
Perdana Menteri I & IV

           Alor Setar merupakan tempat kelahiran YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama dan Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Ramai juga selebriti Malaysia berasal dari sini.

No comments: