SaLam 1 Malaysia & Salam Pengakap ! ! !
:: ~ This is our last project before our co-curriculum activities ends for this semester . . a few days before , Mr SyafiQ and Mr Izzan had told us to make a group and create a blog about the interesting place at Kedah . . and we had decided to talk about the interesting place at ALOR SETAR , Kedah . But bef0re that , we think it's better if we start this blog with entry about SCOUT @ PENGAKAP . . ~ ::
- ( change language to Malay ) -
Robert Stephenson Smith Baden
Tarikh lahir : 22 Februari
Tempat lahir : London, England
Pendidikan awal : Charter House,London
Pekerjaan : Bekas Mejar Tentera British
Nama bapa : Reverand H.G Baden Powell
Nama isteri : Lady Olive Baden Powell
Tarikh meninggal dunia : 8 Januari 1941
Lord Baden Powell & his wife
Sejarah Pengakap Dunia
Sejarah Pengakap Dunia bermula pada tahun 1907 di Pulau Brownsea,
England. Pergerakan Pengakap bermula apabila dianjurkan satu perkhemahan untuk
budak-budak lelaki di pulau berkenaan. Perkhemahan ini telah diilhamkan oleh
Robert Stephenson Smith Baden Powell yang merupakan seorang Bekas Mejar Tentera
British yang penuh pengalaman dari medan pertempuran.
Secara tidak langsung,
bermula sejarah pergerakan pengakap dunia. Dengan kejayaan
menganjurkan perkhemahan untuk budak lelaki, beliau telah mencetuskan pelbagai
idea dan pengalaman untuk budak-budak melalui penerbitan buku " Scouting
For Boys " yang dikarang oleh beliau sendiri. PergerakanPengakap telah
tersebar luas melalui peneroka dan pedagang British. Tanpa diduga, pergerakan pengakap telah
mendapat sambutan yang menggalakkan daripada negara-negara Eropah, Asia dan
Amerika dalam masa beberapa tahun sahaja ia ditubuhkan.
Beliau telah
mengelilingi dunia pada tahun 1912 untuk menemui beberapa pergerakan pengakap di
seluruh dunia. Pada tahun 1920, Jambori Pengakap Dunia yang pertama
telah diadakan di Olympia, London. Disinilah beliau telah dilantik sebagai
Ketua Pengakap Dunia manakala kerajaan British menganugerahkan " Lord
Baden Of Gillwell " kepada beliau. Banyak pingat kebesaran negara pengakap telah
beliau perolehi diatas sumbangan beliau mewujudkan pergerakan pengakap.
Pada tanggal 8 Januari 1941, beliau telah meninggal dunia di Paxtu, Kenya
sebelum sempat menyambut ulangtahun ke 84. Kata-kata terakhir beliau adalah
seperti berikut : " Tuhan memimpin dan
membantumu di dalam kerja-kerjamu ".
No comments:
Post a Comment